Dalam era ledakan maklumat ini, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi atau ICT amat penting dalam dunia pendidikan kini. Teknologi Maklumat yang semakin berkembang pesat ini dengan penggunaan peranti digital mudah alih seperti telefon pintar dan komputer sebenarnya boleh dimanfaatkan penggunaa n nya dalam bilik darjah. A plikasi pembelajaran berasaskan permainan ( game based learning) yang disediakan secara online ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer dan telefon pintar . Kahoot adalah satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang terdapat dalam aplikasi ini sebenarnya dibuat oleh guru itu sendiri dengan beberapa pilihan jawapan. Aplikasi kahoot juga boleh dibuat secara percuma dan terdapat beberapa kelebihan berbanding latihan kuiz yang dibuat menggunakan tulisan tangan atau yang ditaip. Antara kelebihan aplikasi ini termasuklah guru tersebut boleh memasukkan video, ga...