Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Quizizz dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp)

Imej
Dunia pendidikan semakin berkembang dengan penggunaan teknologi yang turut memudahkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran(Pdp). Pelbagai cara, teknik dan alternatif dapat digunakan bagi memperkasakan lagi sistem pembelajaran di negara kita. Penggunaan teknologi dan komunikasi yang juga merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk pendidikan abad ke-21. Penggunaan teknologi web 2.0 dalam pendidikan jelas dapat melahirkan pelajar yang celik teknologi, berdaya maju, berfikiran kreatif dan berkemahiran tinggi.  Quizizz adalah salah satu aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunapakai dalam pendidikan. Aplikasi quizizz  dianggap mampu menggantikan cara lama kuiz yang hanya melibatkan kertas dan pen, yang dilihat agak membosankan. Quizizz adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa bayaran. Melalui quizizz seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna quizizz.  Oleh itu,  ...